Tak tahu nak buat apa dengan toilet rolls anda? Haaaa.. saya ada idea. Terjumpa dalam laman blog seseorang and terfikir it's not a bad idea after all. Tambahan hasilnya amat unik dan menarik sekali. Yang paling best sekali, tak keluar belanja sesen pun sebab semua bahan dah sedia ada. Apa lagi.. jom cuba !!
Bahan-bahan yg diperlukan :
- Toilet Paper Rolls
- Gunting
- Gam
- Cat + berus
- Penyepit baju
Cara-caranya :
1. Penyetkan paper rolls dan gunting kepada 5 bahagian yang sama (ukuran tak perlu tepat2 sangat)
2. Ambil 5 paper rolls yang telah digunting tadi dan buat bentuk bunga dengan menyambung setiap bucu antara satu sama lain
3. Gamkan kelima-lima bucu tadi dan gunakan penyepit baju utk melekatkan kelopak bunga tersebut sementara menunggu gam kering
4. Warnakan sebahagian bunga dengan warna biru muda atau dengan warna lain kesukaan anda dan biarkan selebihnya dalam warna asal
5. Apabila semua kerja-kerja mengecat dan melekat kelopak bunga selesai, bolehlah gamkan bunga tersebut antara satu sama lain untuk membentuk design yg bersambung mengikut kreativiti anda.
6. Setelah selesai, bolehlah lekatkan ke dinding pilihan anda.
SELAMAT MENCUBA !
Credits to : Imperfectly Perfect
Tak tahu apa yang perlu dilakukan dengan dinding kosong anda? Selain dari mengecat dinding dengan warna yang berbeza, terdapat beberapa idea-idea mudah lagi berkesan untuk menghiasi dinding anda:
Idea #1 - Pelbagai Lukisan Seni
Menggantung sekeping lukisan seni adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh kebanyakan orang. Tetapi sebaliknya daripada hanya sekeping, anda boleh cuba untuk menggantung beberapa keping bersama-sama kerana ia akan mencipta satu tema untuk rumah anda, tetapi gambar mestilah di bawah kategori yang sama. Sebagai contoh, anda boleh memilih gambar pemandangan yang indah, bunga atau seni abstrak tetapi tidak boleh menggantung salah satu daripada setiap lukisan tersebut bersebelahan di antara satu sama lain kerana anda tidak mahu rumah anda kelihatan seperti sebuah galeri seni. Untuk mendapatkan lukisan seperti dibawah, anda boleh membuat tempahan di Fanpage kami di sini.
Anggaran Kos: RM60 - RM175
Idea #2 - Stiker Dinding (Wall Decals/ Stickers)
Stiker dinding telah menjadi salah satu hiasan trendi dalam pasaran ID sekarang. Stiker dinding ini kebanyakannya diperbuat daripada acetate, PET film dan vinyl yang kuat, fleksibel serta tahan lasak terhadap koyakan berbanding dengan pelekat biasa. Ia telah menjadi kit popular kerana ia mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak sedia ada dan ia juga boleh direka mengikut saiz, warna, dan bentuk untuk mewujudkan ciri-ciri yang bersesuaian dengan konsep keseluruhan rumah. Ia boleh dilekat kepada hampir apa-apa bahan permukaan rata seperti kaca, dinding kayu, dan jubin. Selain daripada itu, ia boleh ditanggalkan dan diguna semula. Sungguh menjimatkan!
Anggaran Kos: RM25 - RM500
Idea #3 - Kertas Dinding (Wallpaper)
Kertas dinding, anda hanya akan rambang mata dengan pelbagai pilihan yang ada dan ia telah menjadi elemen asas rumah moden masa kini. Anda tidak perlu kertas dinding di letakkan pada keseluruhan rumah anda, cukuplah dengan hanya mewujudkan satu titik tumpu dimana ia dengan segera akan membuatkan ruang dinding anda yang suram kelihatan ceria dan tertarik.
Anggaran Kos: RM500 - RM2000
Idea #4 - Rak Dinding
Menambah unit rak di dinding, anda mempunyai dua tujuan; pertamanya sebagai hiasan dan kedua sebagai asas yang indah untuk memaparkan bingkai gambar, aksesori, barangan atau mana-mana koleksi pemilik. Dan bukannya dengan hanya 2 papan rata yang hanya digantung di dinding, ada pelbagai cara lagi tanpa had idea dan reka bentuk. Hanya berfikir di luar kotak bagaimana untuk menghiasi dinding anda yang tampak gondol itu!
Anggaran Kos: RM88 - RM399
Idea #5 - Bingkai Foto
Adakah anda suka mengambil gambar? Bagaimana dengan meletakkan bingkai foto di dinding untuk memaparkan semua saat-saat sukar dilupakan dalam kehidupan anda? Ia mewujudkan identiti dan ia adalah salah satu cara yang terbaik untuk membuat rumah anda sebuah RUMAH.
Anggaran Kos: RM99-RM500
- Pastikan anda menyesuaikan gambar atau hiasan dengan latar dinding. Pilihlah gambar yang sesuai digandingkan dengan skima warna ruang atau tema dekorasi yang diingini. Jika memilih rona gelap pada dinding, pilihan terbaik ialah gambar atau lukisan daripada nada cerah.
- Perkara utama yang harus difikirkan ialah setinggi mana gambar itu harus digantung. Untuk mendapatkan sesebuah ruang itu kelihatan cantik dan menarik pastikan anda meletakkan bingkai gambar atau lukisan pada paras penglihatan mata.
- Pilihan perabot sama ada bergaya moden mahupun tradisional juga harus diambil kira supaya dapat menggambarkan keseimbangan lukisan atau gambar yang digantung. Pastikan saiz lukisan tidak melebihi 70 peratus kelebaran daripada perabot di ruang itu.
- Gambar atau lukisan bersaiz besar cukup menjelaskan segala-galanya. Cara ini membantu ruang tidak dipenuhi dengan bingkai gambar atau hiasan yang menyerabutkan. Kehadiran gambar atau hiasan bersaiz besar sebenarnya menjadi titik tumpu sesebuah ruang.
- Jika ingin menampilkan ketinggian dinding, gunakan susunan bingkai secara vertikal untuk koleksi gambar anda.
- Susunan secara horizontal pula menekankan kelebaran dinding.
Ingin dapatkan lukisan dinding/jam tanpa bingkai yang moden dan uniq seperti gambar di atas?Terdapat lebih 1000 koleksi yang boleh anda pilih.
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan/pertanyaan dengan menghantar e-mail ke luna_sharif@yahoo.com atau sms ke 019-426 5525.
Sila search kami di facebook 'Uniq Deco" untuk melihat katalog penuh.