Sunday, November 27, 2011

Tips Menggantung Gambar atau Lukisan Pilihan Anda



  • Pastikan anda menyesuaikan gambar atau hiasan dengan latar dinding. Pilihlah gambar yang sesuai digandingkan dengan skima warna ruang atau tema dekorasi yang diingini. Jika memilih rona gelap pada dinding, pilihan terbaik ialah gambar atau lukisan daripada nada cerah.




  • Perkara utama yang harus difikirkan ialah setinggi mana gambar itu harus digantung. Untuk mendapatkan sesebuah ruang itu kelihatan cantik dan menarik pastikan anda meletakkan bingkai gambar atau lukisan pada paras penglihatan mata.




  • Pilihan perabot sama ada bergaya moden mahupun tradisional juga harus diambil kira supaya dapat menggambarkan keseimbangan lukisan atau gambar yang digantung. Pastikan saiz lukisan tidak melebihi 70 peratus kelebaran daripada perabot di ruang itu.




  • Gambar atau lukisan bersaiz besar cukup menjelaskan segala-galanya. Cara ini membantu ruang tidak dipenuhi dengan bingkai gambar atau hiasan yang menyerabutkan. Kehadiran gambar atau hiasan bersaiz besar sebenarnya menjadi titik tumpu sesebuah ruang.




  • Jika ingin menampilkan ketinggian dinding, gunakan susunan bingkai secara vertikal untuk koleksi gambar anda. 




  • Susunan secara horizontal pula menekankan kelebaran dinding.

Ingin dapatkan lukisan dinding/jam tanpa bingkai yang moden dan uniq seperti gambar di atas?Terdapat lebih 1000 koleksi yang boleh anda pilih. 
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan/pertanyaan dengan menghantar e-mail ke  luna_sharif@yahoo.com atau sms ke 019-426 5525. 
Sila search kami di facebook 'Uniq Deco" untuk melihat katalog penuh.

No comments:

Post a Comment

Followers

 

Simply Deco | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates